Monday, September 12, 2011

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milik Kita


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Amat kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan – angan ini tenggelam perlahan – lahan.

Sungguh, semua itu telah menghadirkan kekecewaan yang begitu menggelora didalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dikecap, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum: iaitu harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asal itu semua pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenang.

Hakikat kegagalan adalah sesuatu yang memang bukan hak kita, yang telah ditetapkan oleh Nya.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti itu rezeki, jawatan dan kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya.


“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ; 22-23)


Demikian juga bagi yang sedang gundah – gulana mengenai jodoh. Kadangkala kita tidak sedar dengan menyalahkan Allah tentang jodoh kita,bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita. Seakan kita yang menentukan segalanya..

Wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :


“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput dan telah hilang darimu. Apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini, haruslah boleh memberiharapan kepada kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


copy from : http://akuislam.com/blog/

Suami Pilihan




Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, para wanita perlulah sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan hidup. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1. Kuat agamanya

Walau terlalu sibuk sekalipun, solat fardhu tetap dilaksanakan pada waktunya. Utamakanlah pemuda yangkuat amalan agamanya. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW menerima pinangan Saidina Ali k.w.j. buatputerinya Fatimah r.a. kerana ketaqwaannya yang tinggi walaupun beliau hanya seorang pemuda yang miskin.

2. Baik akhlaknya

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata menggambarkanperibadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua jelas ketara.

3. Tegas mempertahankan maruah

Dia tegas mempertahankan maruah agama dan keluarga. Tidak menghabiskan masanya di tempat2 yangmenjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4. Amanah

Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan secara sengaja atau mengkhianati apa- apa yangdiamanahkan kepadanya terutamanya yang melibatkan hak-hak fakir miskin dan anak yatim.

5. Tidak boros

Dia bukanlah kedekut atau pemboros tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmatyang diterima akan dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. Tidak liar matanya

Dia biasanya menundukkan pandangan terhadap wanita-wanita yang lalu lalang di hadapannya.

7. Terbatas pergaulannya

Dia tidak mengamalkan pergaulan bebas. Pergaulannya biasanya hanya terbatas kepada golongan yangcenderung kepada agama. Singkat perbualannya dengan orang-orang yang kurang berakal.

8. Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya iaitu golongan yang mengutamakan akhirat lebihdaripada dunia. Dia menjauhi orang-orang yang zalim, yakni orang-orang tidak meletakkan agama padatempatnya.

9. Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur melalui sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedangkan dia senang lenang, nyatalah dia tidakbertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya sentiasa tenang, sama ada sewaktu dia bercakap atau bertindak.

Berbahagialah wanita jika diintai calon yang demikian sifatnya...


copy from : https://www.facebook.com/pages/Mencari-Mardhotillah-keredhaan-Allah/163700407022984

Sang Teruna… Betul ke kau sayang Sang Dara?

kalau sungguh kau sayang dia.. kau takkan COUPLE dengan dia.. kau takkan SENTUH anggota badan dia.. kau takkan nak DATING dengan dia..

SEBAB, kau akan buat semua tu sebab kau sayang dia.. kau takkan nak cemarkan kesucian diri dia.. MALAH, kalau kau sayang dia, kau akan berusaha nak jadi berjaya, stabilkan ekonomi diri dan perbaiki diri kau sebab kau nak dekati dia dengan cara yang SAH!

kau COUPLE ngan dia? kau pernah SENTUH tangan dia? kau selalu keluar DATING dengan dia? Kau tahu, kau sebenarnya tak sayang dia langsung!!!

* * * *

Sang Dara… Betul ke kau sayang Sang Teruna?

kalau sungguh kau sayang dia.. kau takkan SETUJU COUPLE dengan dia.. kau takkan biar dia SENTUH kelembutan tangan kau.. kau takkan nak DATING dengan dia..

SEBAB, kau akan buat semua tu sebab kau sayang dia… Kau akan jaga kesucian diri kau dan pelihara akhlak dan perlakuan kau. Malah, kau takkan nak pun cuba dekati lelaki lain sebab kau nak jaga kesucian kau khas untuk dia bila dia jadi SUAMI kau!

kau COUPLE dengan dia? kau suka dia SENTUH tangan kau? KAU pernah DATING dengan dia? kau tahu, kau sebenarnya tak sayang dia langsung!! dan kau juga tak sayang diri kau sendiri!!

* * * *

There are no such thing called ISLAMIC COUPLE. all of them are a part of ZINA. the only islamic couple is MARRIAGE. If you said, you never let him/her touch you but both of you always spending time together doing any kind of activity, that is not islamic couple but a part of ZINA! Think deeply!!

YA ALLAH! kau jadikanlah aku wanita/lelaki yang solehah/soleh. kau peliharalah aku dari sebarang jenis zina. kau bantulah aku menolak segala jenis zina. Kau kurniakanlah aku lelaki/wanita yang buat aku makin mencintai-MU!

*untuk renungan bersama~ copy from : http://kotak2coklat.blogspot.com/2011/05/betul-ke-kau-sayang-dia.html